5 Strategi Apabila Merasa Kusut Dalam
Menyelesaikan Masalah
Menyelesaikan Masalah Hidup | figure.it.out
by karlaHernandez
Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat rumit dan
menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?
Mungkin masalah ini telah membuat anda tidak dapat tidur malam,
hilang selera makan dan Berasa sangat keliru untuk membuat keputusan? Benar?
Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini. Terlalu
over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut.
Hasilnya, saya akan bertambah serabut. =.=’
Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut ke dalam
kekeliruan, dan lebih besar masalah yang dirasakan.
Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut
Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah tersebut, anda
rasa apa yang kita dapat?
- Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.
Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan kepada
masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.
Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan masalah
tersebut.
Bersederhana
Saya mendapati perkara ini benar. Jalan terbaik untuk dilakukan
semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.
Kesederhanaan anak membuang segala kerumitan. Tidak terlalu
memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan terus masalah yang
dihadapi. Cuma bersederhana.
Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Telah
binasa orang berlebih-lebihan.”
Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi yang ringkas
untuk menyelesaikan kebanyakkan masalah, Insyaallah.
Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu membantu
anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga
5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk
Menyelesaikan Masalah
1. Fokuskan kepada Penyelesaian
Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.
Saintis telah membuktikan bahawa otak tidak dapat untuk
mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada masalah, kerana ia akan
mengaktifkan emosi negatif, yang akan menghalang potensi otak untuk
menyelesaikan masalah.
Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi hanya perlu
tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara untuk
menyelesaikannya.
Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi penyelesaian?
2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang
negatif
Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang.
Ya, satu peluang untuk meningkatkan keupayaan diri menghadapi
rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana kita memfokuskan perhatian
kita.
Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa ragu kepada
Allah. Di saat kita mencari solusi dalam menyelesaikan masalah, di
saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.
Baca juga artikel ini:
3. Sentiasa berfikiran terbuka
Sangat penting! Sangat penting untuk sentiasa berfikiran terbuka
kerana ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif untuk mencari penyelesaian
masalah.
Jangan terasa “janggal” apabila mengeluarkan idea-idea
penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya idea-idea bodoh inilah yang
akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah yang dihadapi.
4. Permudahkan masalah!
Ringkaskan masalah tersebut dengan membuat kesimpulan. Buang semua
perincian masalah itu dan menjadikannya lebih besar, lebih luas.
Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala benda dalam
kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita.
Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian yang
mudah
Strategi ini selalunya menjadi!
5. Ubah Cara pemikiran
‘You
cannot dig a hole in a different place by digging it deeper.”
Tukar cara pendekatan kita melihat sesuatu masalah tersebut.
Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru. Walaupun merasakan
ia janggal, pendekatan baru biasanya akan merangsang penyelesaian fresh dan
baik
*****
Selamat menyelesaikan masalah!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar